holiday villa langkawi agoda

Pulau Langkawi: Destinasi Percutian dan Membeli-Belah Keluarga

Pulau Langkawi merupakan salah satu lokasi pelancongan yang terkenal di Malaysia. Digelar sebagai ‘Langkawi Permata Kedah’, pulau ini menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara, terutamanya sewaktu musim cuti sekolah! Pulau Langkawi terletak di Laut Andaman dan mempunyai jaluran pantai yang putih dan bersih, menghadap air laut yang membiru cantik.

Dengan pelbagai lokasi pelancongan, aktiviti air dan membeli-belah yang banyak dan menyeronokkan, Pulau Langkawi telah menjadi satu destinasi percutian dan membeli-belah keluarga yang utama di Malaysia. Pulau ini terkenal dengan cerita mistik seorang wanita bernama Mahsuri yang telah dianiaya dan dihukum bunuh sehingga membawa kepada malapetaka kepada Langkawi selama 7 keturunan. Di sebalik cerita mistik yang popular di kalangan penduduk tempatan Langkawi ini, Pulau ini telah diangkat sebagai pulau pelancongan semasa dibawah pemerintahan bekas perdana menteri Malaysia, Tun Dr. mahathir. Kini, destinasi percutian dan membeli-belah keluarga ini bukan sahaja terkenal dengan aktiviti sukan air atau pun membeli-belah, malahan turut terkenal dengan acara-acara tahunan bertaraf antarabangsa seperti Le Tour De Langkawi dan Ironman Langkawi.

Hotel di Pulau Langkawi

Pulau Langkawi Destinasi Percutian dan Membeli-Belah Keluarga – Hotel. Source – sayslive.com

Terdapat lebih daripada 200 buah hotel di Pulau Langkawi yang terdiri daripada pelbagai jenis iaitu mewah, sederhana dan bajet. Antara hotel lima bintang yang terdapat di Pulau Langkawi ialah Four Seasons Resort Langkawi, The Datai Langkawi, The Danna Langkawi dan The Westin Resort & Spa. Selain itu, terdapat hotel bajet yang dapat memenuhi keperluan pelancong yang mempunyai bajet terhad ataupun yang sedang melakukan aktiviti ‘backpacking’ seperti The Cabin Resort, Hotel Asia Langkawi, Hotel Bahagia dan Azio Hotel. Untuk mendapatkan senarai harga bagi setiap hotel yang terdapat di Langkawi, anda boleh membuat kajian secara online dengan melawat laman web yang menawarkan perkhidmatan tempahan hotel secara online .

Aktiviti Menarik di Pulau Langkawi

Antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan di destinasi percutian dan membeli-belah keluarga ini ialah bermandi-manda di Pantai Cenang, melakukan aktiviti snorkelling atau skuba, melawat underwater world yang terdapat di Langkawi, menjelajah hutan paya bakau, memberi makan helang, aktiviti meneroka Gua Langsir, menaiki Sky Bridge di Gunung Mat Cincang dan membeli-belah di pusat membeli-belah di Plaza Langkawi atau Langkawi Fair.

Читайте также:  villa group resorts

Lokasi pelancongan menarik di Pulau Langkawi

Pulau Langkawi Destinasi Percutian dan Membeli-Belah Keluarga – Pantai. Source – Knowandamans.com

Pulau Langkawi, yang mempunyai luas kawasan sebesar 47 ribu hektar, mempunyai banyak lokasi pelancongan yang menarik yang boleh di kunjungi oleh para pelancong. Antara lokasi menarik yang terdapat di pulau ini dan mesti di lawati ialah Makam Mahsuri, Dataran Helang, Beras Terbakar, Paya Bakau, Gua Kelawar, Tasik Dayang Bunting dan Kereta Kabel Gunung Mat Cincang

Lokasi membeli-belah menarik di Pulau Langkawi

Pulau Langkawi merupakan salah satu tempat di Malaysia yang telah diberi status pulau bebas cukai bagi tujuan menarik lebih ramai pelancong untuk berkunjung ke pulau ini. Sesuai dengan statusnya sebagai pulau bebas cukai, Pulau Langkawi menawarkan pengalaman yang menyeronokkan dan mampu memuaskan hati para pembeli-belah. Dengan harga barangan yang jauh lebih murah daripada biasa, banyak pelancong (terutamanya kaum wanita!) yang datang ke Pulau Langkawi semata-mata untuk membeli-belah! Pulau Langkawi terkenal dengan beberapa jenis barangan. Antaranya ialah pinggan mangkuk (Tefal, Visions, Corelle, Pirex), coklat dan gula-gula (Daim, Cadbury, Ferrero Rocher, Toblerone, Hershey’s), kain pelikat dan batik, pakaian, bag dan macam-macam lagi. Antara lokasi membeli-belah menarik dan terkenal yang terdapat di Pulau Langkawi ialah

Bagi mereka yang sedang merancang percutian bersama ahli keluarga, Pulau Langkawi merupakan salah satu tempat menarik yang boleh anda masukkan ke dalam senarai lokasi percutian anda. Terdapat banyak hotel yang boleh anda pilih, lokasi menarik yang boleh anda lawati bersama ahli keluarga dan banyak aktiviti menarik yang boleh anda lakukan di Pulau Langkawi.

Bagi yang ingin mencari penginapan di  Langkawi  dan jimat sehingga 80%, sila layari www.lagisatu.com

Читайте также:  villa sorento

Рекомендуемые и похожие статьи

Leave a Reply

Ваш e-mail не будет опубликован. Обязательные поля помечены *